PTPM adalah satu pertubuhan profesional yang bebas. Ia bertindak sebagai jambatan yang menghubungkan kesemua ahli di bawah naungannya dalam satu wadah penyebaran ilmu dan maklumat pendidikan. Matlamat PTPM ialah mewujudkan satu forum di mana semua ahli pendidik dan mereka yang berminat dalam bidang Teknologi Pendidikan boleh bersama-sama berbincang, bekerjasama, bertukar-tukar pendapat dan maklumat serta mencari jalan penyelesaian terbaik kepada isu-isu semasa dalam usaha mempertingkatkan penggunaan dan aplikasi berbagai aspek Teknologi Pendidikan dan Teknologi Maklumat dalam semua peringkat sistem pendidikan di negara ini. (Laporan Tahunan PTPM, 1996).