Aktiviti

Senarai Aktiviti PTPM Sepanjang Tahun

  1. Mengadakan Konvensyen Teknologi Pendidikan Tahunan Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
  2. Menerbitkan
    1. Prosiding konvensyen
    2. Jurnal
      • Malaysian Journal of Educational Technology (MJET)
      • Malaysian Online Journal of Instructional Technology (MoJIT)
  3. Penganugerahan Terbaik dalam Bidang Teknologi Pendidikan Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah
    • Mulai tahun 2001; anugerah ini diadakan setiap tahun untuk menggalakkan kajian dalam bidang Teknologi Pendidikan di luar atau dalam negeri. Desertasi atau tesis yang baik akan dipilih daripada hasil penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan dengan Teknologi Pendidikan. (Laporan Tahunan PTPM, 2001).
  4. Resolusi Konvensyen
    • Pada penghujung setiap konvensyen PTPM, peserta-peserta membuat resolusi atau rumusan konvensyen. Sejak penubuhannya sudah banyak resolusi yang telah sebulat suara dipersetujui dan diperakukan. Tujuan diadakan resolusi konvensyen adalah untuk memperjuangkan dan mempertingkatkan peranan positif yang boleh disumbangkan oleh cita-cita dan aspirasi negara. Di samping itu juga, melalui resolusi konvensyen juga para peserta, khususnya ahli-ahli PTPM, dapat bersuara pendapat dan pandangan mereka ke arah memantapkan lagi pembudayaan Teknologi Pendidikan dalam semua peringkat pendidikan di negara ini. Resolusi konvensyen juga berperanan sebagai penyumbang idea kepada pihak-pihak berwajib seperti Bahagian Teknologi Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  5. Program usahasama dengan pihak swasta
    • Program latihan penggunaan EduWebTV